JellyPages.com

Sunday, September 1, 2013

PEGUAM DAN SAKSI

                                                        PEGUAM DAN SAKSI

 Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang  menyoal seorang saksi penting. 


 Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

 Saksi : Kenal tuan. Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

 Saksi : Itu gambar..., tuan.

 Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.
 
 Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

 Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan! 

 Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

 Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

 Saksi : Baru kejap tadi tuan

 Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi? 

 Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

 Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

 Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

 Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam  pennya pada gambar tersebut) 

 Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan. 

 Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah  lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

 Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

 Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!? 

 Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan. 

 Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!



















No comments:

Post a Comment